English | 简体中文 | 繁體中文 | 한국어 | 日本語
Thursday, 6 November 2025, 15:00 HKT/SGT
Share:
    

Source: Truecaller
Tune Talk bekerjasama dengan Truecaller untuk Menambah Baik Pengalaman dan Kepercayaan Pelanggan dalam Sektor Telekomunikasi Malaysia

KUALA LUMPUR, Nov 6, 2025 - (ACN/NewsVoir) - Dalam landskap digital Malaysia yang berkembang pesat, komunikasi yang jelas dan boleh dipercayai menjadi semakin penting bagi perniagaan yang berinteraksi secara langsung dengan pelanggan. Menyedari keperluan ini, Tune Talk, pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang berkembang paling pesat di negara ini, telah menjalin kerjasama strategik dengan Truecaller, platform komunikasi dipercayai terkemuka di dunia. Kerjasama ini bertujuan untuk mentakrifkan semula cara Tune Talk berhubung dengan pelanggannya dengan memperkenalkan lebih banyak konteks, keselamatan dan kebolehpercayaan dalam setiap interaksi.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Tune Talk akan memanfaatkan Truecaller Customer Experience Solution bagi memastikan setiap panggilan pelanggan adalah telus, mudah dikenali dan bermakna. Dengan Verified Business Caller ID, pelanggan dapat mengenal pasti panggilan sebenar daripada Tune Talk serta-merta — lengkap dengan nama yang disahkan, logo jenama dan tujuan panggilan yang jelas terpapar pada skrin mereka. Selain itu, ciri seperti Business Profile, Call Reason dan Call Me Back membolehkan Tune Talk memberikan pelanggan kejelasan, keyakinan dan kawalan yang lebih baik — sama ada untuk sokongan akaun, tawaran kesetiaan atau pembaharuan pelan.

Dengan mengaplikasikan keupayaan ini dalam kedua-dua situasi panggilan masuk dan keluar, Tune Talk menetapkan penanda aras baharu dalam penglibatan pelanggan di sektor telekomunikasi Malaysia. Pendekatan ini membantu mengukuhkan hubungan antara Tune Talk dan pelanggannya, sekaligus membina keyakinan serta konsistensi yang lebih kukuh dalam setiap interaksi. Akhirnya, kerjasama ini mencerminkan komitmen Tune Talk untuk meningkatkan pengalaman pelanggan melalui inovasi — menghapuskan keraguan, mempertingkatkan ketelusan, dan memupuk hubungan jangka panjang yang lebih kukuh berasaskan kepercayaan.

Gurtaj Singh Padda, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Talk, berkata: “Di Tune Talk, kepercayaan merupakan teras kepada setiap hubungan dengan pelanggan. Ketika kami terus mendigitalkan operasi dan berkembang, memastikan pelanggan berasa selamat serta yakin dalam setiap interaksi bersama kami adalah keutamaan. Kerjasama dengan Truecaller membolehkan kami mengambil langkah proaktif ke arah ketelusan, kejelasan dan keyakinan pelanggan yang lebih tinggi — nilai-nilai yang mencerminkan komitmen kami untuk menjadi syarikat telekomunikasi paling dipercayai dan inovatif di Malaysia.”

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, Priyam Bose, Ketua Global GTM & Produk Pembangun di Truecaller berkata, “Di Truecaller, kami percaya bahawa pengalaman pelanggan yang hebat bermula dengan kepercayaan. Kerjasama kami dengan Tune Talk membolehkan perniagaan di Malaysia berkomunikasi dengan pelanggan mereka dengan cara yang lebih telus, berwibawa dan selamat. Dengan menggabungkan Truecaller Customer Experience Solution bersama jangkauan tempatan Tune Talk yang kukuh, kami memperkasa perniagaan untuk membina keyakinan dalam setiap interaksi dengan pelanggan.”

Tentang Tune Talk

Tune Talk ialah Pengendali Rangkaian Mudah Alih (Mobile Network Operator) berasaskan awan sepenuhnya yang berkembang paling pesat di Asia. Sejak pelancaran kami pada tahun 2009, kami kekal komited untuk menawarkan kadar yang berpatutan serta insentif menarik. Sebagai syarikat telekomunikasi gaya hidup digital, perkhidmatan kami merangkumi panggilan tanpa had, SMS dan pakej internet berkelajuan tinggi yang direka khusus untuk memenuhi permintaan terhadap produk yang ringkas, berasaskan nilai, mudah diakses dan mempunyai rangkaian pengedaran yang meluas. Fokus kami terhadap inovasi dan gangguan digital mendorong kami untuk terus menyediakan penyelesaian telekomunikasi terkini, memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, serta mengekalkan kedudukan kami di barisan hadapan industri.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tunetalk.com 

Tentang Truecaller

Truecaller merupakan sebahagian penting dalam komunikasi harian bagi lebih 450 juta pengguna aktif, dengan lebih daripada satu bilion muat turun sejak pelancarannya serta hampir 56 bilion panggilan tidak diingini dikenal pasti dan disekat pada tahun 2024 sahaja. Syarikat ini beribu pejabat di Stockholm sejak tahun 2009 dan telah disenaraikan secara rasmi di Nasdaq Stockholm sejak Oktober 2021. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.truecaller.com 

Media Contact:
press@truecaller.com 



Topic: Press release summary
Source: Truecaller

Sectors: Telecoms, 5G, Enterprise IT, CyberSecurity, Daily News, Local Biz
https://www.acnnewswire.com
From the Asia Corporate News Network


Copyright © 2025 ACN Newswire. All rights reserved. A division of Asia Corporate News Network.

 

Truecaller Related News
Nov 10, 2025 13:30 HKT/SGT
Nubitel and Truecaller Forge a Strategic Partnership to Elevate Business Communications in Malaysia
Nov 10, 2025 13:30 HKT/SGT
Nubitel dan Truecaller Menjalinkan Kerjasama Strategik untuk Memantapkan Komunikasi Perniagaan di Malaysia
Nov 6, 2025 15:00 HKT/SGT
Tune Talk partners with Truecaller to Enhance Customer Experience and Trust Across Malaysia's Telecom Sector
More news >>
Copyright © 2025 ACN Newswire - Asia Corporate News Network
Home | About us | Services | Partners | Events | Login | Contact us | Cookies Policy | Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Use | RSS
US: +1 214 890 4418 | China: +86 181 2376 3721 | Hong Kong: +852 8192 4922 | Singapore: +65 6549 7068 | Tokyo: +81 3 6859 8575