English | 简体中文 | 繁體中文 | 한국어 | 日本語
Friday, 18 October 2013, 15:30 HKT/SGT
Share:
    

Source: Water and Sanitation for Africa
Forum Peringkat Tinggi edisi 2013 mengenai air dan sanitasi di Afrika yang menggemparkan
Sebuah pelantar untuk peluang perniagaan yang berkembang bagi pelabur-pelabur

Ouagadougou, Burkina Faso, Oct 18, 2013 - (ACN Newswire) - 21 hingga 23 November Forum Peringkat Tinggi mengenai air dan sanitasi untuk semua di Afrika membentangkan suatu peluang keemasan kepada bakal pelabur-pelabur dalam perniagaan air, sanitasi dan perumahan yang mampu dimiliki di Afrika. Forum menemukan Ketua-ketua Negara, Menteri-menteri Kewangan, Menteri-menteri Air dan Sanitasi, pelabur-pelabur dan penderma-penderma dari negara-negara selatan dan juga dari utara, perniagaan-perniagaan swasta dan persatuan-persatuan perdagangan dari Afrika, dan pengamal pembangunan dengan tumpuan kepada mengenalpasti peluang-peluang perniagaan dalam sektor air dan sanitasi.

Afrika adalah antara rantau di dunia ini yang paling pesat berkembang dengan pertumbuhan purata sebanyak 5.6 % setahun. Afrika juga semakin meningkatkan akses kepada modal antarabangsa, bermakna potensi untuk pelaburan dan pengembangan dalam infrastruktur adalah lebih tinggi.

Pertumbuhan Afrika sebahagian besarnya dikekang oleh infrastruktur yang teruk. Satu kajian yang dijalankan oleh Bank Pembangunan Afrika menganggarkan bahawa jumlah kos untuk merapatkan jurang infrastruktur Afrika pada dekad yang akan datang akan menjadi kira-kira $ 93 juta setahun.

Pada tahun 1980, populasi bandar Afrika dianggarkan pada tahap 28%. Menjelang tahun 2008, ia telah meningkat kepada 40% dan dijangka akan mencapai 50% menjelang tahun 2030.

Kadar perbandaran yang pesat ini telah mewujudkan permintaan untuk infrastruktur yang lebih termasuk sistem perumahan, air dan sanitasi. Untuk merangsangkan pertumbuhan, banyak kerajaan Afrika telah mengukuhkan rangkakerja undang-undang mereka, dasar dan rejim strategi, dasar-dasar anti-rasuah, dan kualiti modal insan mereka.

Pada tahun 2000, dianggarkan 59 juta isi rumah mempunyai pendapatan sebanyak $5000 atau lebih dimana mereka mula membelanjakan kira-kira 50% ke atas barangan bukan makanan. Menjelang tahun 2014, angka ini dijangka akan meningkat kepada 106 juta isi rumah. Oleh itu, lebih ramai orang Afrika bersedia untuk bertukar wang tunai untuk perkhidmatan yang berkualiti terutamanya dalam air, sanitasi dan perumahan.

Selain daripada semua trend positif ini, sektor air dan sanitasi belum menerima perhatian yang secukupnya daripada pelabur di Afrika. Keadaan urusan ini kebanyakannya tetapi boleh dipertikaikan adalah berpunca daripada paradigma pembangunan yang tertumpu kepada sosialis bagi sector ini; perkhidmatan air dan sanitasi telah dijenamakan sebagai perkhidmatan sosial dengan kawalan kerajaan yang ketat. Ini menghadkan kepentingan perniagaan dalam sektor ini dan menjadikan terlalu bergantung kepada pelaburan kerajaan dan amal.

Hari ini kira-kira 400 juta orang yang tinggal di Afrika masih kekurangan akses kepada air minuman yang bersih, manakala lebih 600 juta orang kekurangan perkhidmatan sanitasi asas. Beberapa juta kanak-kanak mati akibat daripada penyakit-penyakit yang berkaitan dengan air dan kebersihan yang boleh dicegah setiap tahun. Di Nigeria dan Ethiopia misalnya, kira-kira 97,000 dan 33,000 kanak-kanak mati setiap tahun akibat daripada penyakit cirit-birit disebabkan oleh air minuman dan kebersihan yang teruk masing-masing. Semua negara dengan ekonomi yang lebih besar di Afrika termasuk Afrika Selatan, Ghana, Sudan, Angola masih kehilangan beribu-ribu kanak-kanak setiap tahun melalui penyakit-penyakit yang berkaitan dengan air dan kebersihan .

Kesedaran ini telah mencetuskan seruan untuk perubahan dalam orientasi pembangunan untuk sektor air dan kebersihan di Afrika dari sosial sehingga penglibatan model ekonomi dan kewangan yang lebih.

Dengan memberi tumpuan kepada kerjasama selatan-selatan bagi pertumbuhan sektor air dan kebersihan di Afrika, 2013 Forum Peringkat Tinggi menyediakan pelantar untuk menerokai peluang-peluang perniagaan dengan bakal rakan kongsi dari India, China, Turki, Israel, Malaysia, Singapura, Brazil, Taiwan, Jepun, tidak lupa pula rakan tradisi benua dari utara. Pelabur-pelabur Afrika juga boleh menerokai peluang-peluang di luar benua.

Acara yang dianjurkan oleh Air dan Sanitasi untuk Afrika (WSA ) dengan kerjasama kerajaan Côte d'Ivoire di Abidjan, dengan sesi-sesi seperti Panel Peringkat Tinggi bagi Ketua-ketua Negara di Afrika dan Meja Bulat Menteri-menteri Kewangan, misalnya memberi peluang-peluang untuk terus akses kepada kira-kira 25 kerajaan untuk perbincangan perniagaan secara lebih dekat. Terdapat juga peluang-peluang untuk mesyuarat satu-satu melalui sesi-sesi perniagaan-ke- perniagaan dan perniagaan-ke-kerajaan.

Layari http://hlf.wsafrica.org untuk maklumat lanjut.

Maklumat lanjut mengenai peluang-peluang pelaburan:
Lincoln Opio
lincolnopio@wsafrica.org
Tel: +226 74 48 56 59

Maklumat lanjut mengenai Forum Peringkat Tinggi:
Ali Dissa
hlf@wsafrica.org / alidissa@wsafrica.org
Tel: +226 74 48 60 99

Pengurus Acara
hlf2013@wsafrica.org
Tel: + 225 20 00 60 30 / +225 20 00 60 31

Hubungan Media:
Yacine Traore
yacinetraore@wsafrica.org
Tel: +226 74 48 54 49

Emmanuel Addai
emmanueladdai@wsafrica.org
Tel: +226 78 89 83 91

Topic: Trade Show or Conference
Source: Water and Sanitation for Africa

Sectors: Water
https://www.acnnewswire.com
From the Asia Corporate News Network


Copyright © 2024 ACN Newswire. All rights reserved. A division of Asia Corporate News Network.

 

Water and Sanitation for Africa Related News
Oct 18, 2013 15:30 HKT/SGT
2013年版 史無前例的水資源與水淨化高層論壇
Oct 18, 2013 15:30 HKT/SGT
2013年版 史无前例的水资源与水净化高层论坛
Oct 18, 2013 15:30 HKT/SGT
The 2013 Edition of the Ground Breaking High Level Forum on Water and Sanitation in Africa
More news >>
Copyright © 2024 ACN Newswire - Asia Corporate News Network
Home | About us | Services | Partners | Events | Login | Contact us | Cookies Policy | Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Use | RSS
US: +1 214 890 4418 | China: +86 181 2376 3721 | Hong Kong: +852 8192 4922 | Singapore: +65 6549 7068 | Tokyo: +81 3 6859 8575