English | 简体中文 | 繁體中文 | 한국어 | 日本語
Thursday, 1 October 2015, 10:00 HKT/SGT
Share:
    

Source: TES Global
Malaysia Menduduki Lima Tempat Antara 800 Universiti Teratas Dunia
Pengajian Tinggi Times (Times Higher Education atau THE) Menerbitkan Kedudukan Universiti Dunia 2015-2016 Yang Telah Dikembangkan

KUALA LUMPUR, Oct 1, 2015 - (ACN Newswire) - Pengajian Tinggi Times telah menerbitkan edisi ke-12 Kedudukan Universiti Dunianya. Lima institusi Malaysia telah disenaraikan dalam 800 teratas, manakala satu antaranya, Universiti Teknologi Malaysia, berada dalam 500 teratas.

Malaysia Menduduki Lima Tempat Antara 800 Universiti Teratas Dunia

Kedudukan dalam tahun 2015-2016 / Institusi
401-500 Universiti Teknologi Malaysia
601-800 Universiti Kebangsaan Malaysia
601-800 Universiti Putra Malaysia
601-800 Universiti Sains Malaysia
601-800 Universiti Teknologi MARA

Phil Baty, penyunting Kedudukan Universiti Dunia Pengajian Tinggi Times, berkata:
"Malaysia merupakan sebuah daripada beberapa negara yang telah berjaya tersenarai buat kali pertama dalam Kedudukan Universiti Dunia untuk tahun ini dan antara yang baharu ini pula, prestasinya adalah paling menonjol, dengan lima institusi dipaparkan, termasuk sebuah - Universiti Teknologi Malaysia - dalam jalur 401‐500. Pencapaian ini sebahagiannya adalah lanjutan daripada pengembangan kedudukan yang memasukkan 800 universiti, tetapi juga menggambarkan fakta bahawa negara ini telah menjadikan pengajian tinggi sebagai satu daripada keutamaan mereka. Malaysia telah menambah baik sistem pengajian tinggi mereka dalam tahun-tahun kebelakangan ini, membawa kepada peningkatan pendaftaran sebanyak 70 peratus dalam dekad yang lepas, dan tahun ini melancarkan strategi pengajian tinggi 10 tahun yang berwawasan tinggi, termasuk beberapa objektif yang berkisar mengenai akses, kualiti dan kecekapan. Ia amat menggalakkan untuk mendengar bahawa kerajaan telah mula meletakkan pengajian tinggi secara serius."

Di Asia, Universiti Kebangsaan Singapura (National University of Singapore) memegang tampuk nombor satu Asia (di kedudukan ke-26) sementara sementara dua buah universiti peneraju dari China (Peking dan Tsinghua) mantap dalam kumpulan elit 50 teratas dunia masing-masing pada kedudukan ke-42 dan berkongsi kedudukan ke-47. Jepun mempunyai 2 institusi dalam kedudukan 200 teratas, University of Tokyo (ke-43) dan Kyoto University (berkongsi tempat ke-88), sementara Korea Selatan mempunyai empat institusi dalam kedudukan 200 teratas: Seoul National University (ke-85), Pohang University of Science and Technology (ke-116), Korea Advanced Institute of Science and Technology (ke-148) dan Sungkyunkwan University (ke-153). Hong Kong mempunyai tiga institusi dalam 200 teratas: University of Hong Kong (berkongsi kedudukan ke-44), Hong Kong University of Science and Technology (ke-59) dan Chinese University of Hong Kong (berkongsi kedudukan ke-138). India mempunyai 17 institusi dalam senarai 800 teratas, dengan dua buah berada dalam senarai 400 teratas, iaitu Indian Institute of Science dalam kumpulan 251‐300 dan Indian Institute of Technology Bombay (351‐400).

Phil Baty meneruskan:
"Ia gambaran bercampur-campur untuk Asia. Dua buah universiti peneraju dari China, Peking dan Tsinghua, berada mantap dalam kumpulan elit 50 teratas dunia. Singapore merupakan sebuah lagi negara berprestasi kukuh - ia kini mempunyai universiti nombor satu Asia, National University of Singapore di tempat ke-26, dan universiti senegaranya, Nanyang Technological University, berada pada kedudukan terbaiknya setakat ini, di tempat ke-55.

"Tetapi masa yang sukar buat Jepun dan kekecewaan buat Korea Selatan bermakna bahawa pegangan negara-negara utama Asia terhadap kedudukan lebih tinggi dalam Kedudukan Universiti Dunia adalah longgar. Banyak institusi utama, terutamanya di Asia Timur, telah lebih memfokuskan untuk mendapatkan status bertaraf dunia, disokong oleh pembiayaan dan kesungguhan politik yang kuat. Namun kedudukan ini menunjukkan betapa sukarnya tugas ini, kerana universiti-universiti di seluruh dunia berterusan menambah baik."

Kedudukan Universiti Dunia memaparkan universiti-universiti dari 70 buah negara, dengan 29 negara dimasukkan pada tahun ini. Negara-negara yang menyertai untuk tahun ini termasuklah Indonesia, Malaysia, Ghana, Nigeria, Bangladesh, Latvia, Oman, Qatar dan Ukraine. Sementara AS kekal sebagai peneraju dunia dalam universiti elit, penguasaannya telah berkurang pada tahun ini. Ia mempunyai enam daripada sepuluh universiti teratas - menurun daripada tujuh pada tahun lepas – dan 39 daripada 100 teratas - menurun daripada 45 pada tahun lepas. Terdapat lebih banyak universiti Eropah dalam 200 teratas dunia daripada sebelum ini, dengan 70 buah merentas Eropah dan 34 buah lagi di UK. Secara lebih terperinci, UK, Jerman dan Belanda menyusul selepas AS masing-masing di tempat kedua, ketiga dan keempat dari segi bilangan universiti tersenarai dalam kedudukan.

Phil Baty meneruskan:
"Kedudukan Universiti Dunia Pengajian Tinggi Times, kini dalam tahun ke-12 mereka, mengenakan standard yang ketat, menggunakan tahap piawaian global yang tegas merentas semua misi utama universiti penyelidikan global - pengajaran, penyelidikan, peralihan pengetahuan dan pandangan luar antarabangsa. Keputusannya dipercayai oleh pelajar dan keluarga mereka, para akademik, ketua-ketua universiti dan pihak-pihak kerajaan. Senarai 800 teratas mewakili hanya 4 peratus daripada institusi pengajian tinggi dunia, dengan itu kami mengucapkan tahniah kepada semua institusi yang telah berjaya dimasukkan dalam senarai tahun ini.

"Senarai yang telah dikembangkan lagi untuk tahun ini merupakan perakuan yang menunjukkan betapa pengajian tinggi global telah menjadi begitu kompetitif - 800 universiti teratas kami datang dari lebih 70 buah negara berbeza, dan penguasaan tradisi AS telah berkurangan. Jangan lakukan kesilapan – banyak negara bercita-cita untuk mempunyai universiti bertaraf dunia yang bersaing dengan yang terbaik di dunia, dan tiada sesiapa yang berada di tempat teratas mampu untuk bersenang-lenang. Anda perlu untuk berlari dengan begitu pantas semata-mata untuk berdiri pegun dan terdapat ramai bintang yang sedang naik dari pelbagai negara mengidami untuk mendapatkan kelebihan dalam ekonomi pengetahuan abad ke-21."

Untuk maklumat lanjut tentang kedudukan universiti yang tepat, sila pergi ke http://www.thewur.com.

Untuk maklumat dan wawancara yang lebih lanjut, sila hubungi:
EASTWEST Public Relations for TES Global
Carolin Fernandes | Edmund Ding
tesglobal@eastwestpr.com
+65 6222 0306

Untuk peringatan media: sila ikuti kami di Twitter @THEworldunirank atau melalui Facebook http://www.facebook.com/THEworldunirank

Mengenai majalah Pengajian Tingg Times Higher Education

Pengajian Tinggi Times ialah sumber maklumat paling autoritatif di dunia tentang pengajian tinggi. Direka bentuk secara khusus untuk individu profesional yang bekerja dalam pengajian tinggi dan penyelidikan, THE telah diasaskan pada tahun 1971 dan telah berada dalam talian semenjak tahun 1995. Ia diterbitkan oleh TES Global.

Mengenai Elsevier

Elsevier ialah pembekal penyelesaian maklumat yang meningkatkan prestasi profesional sains, kesihatan dan teknologi, memperkasakan mereka untuk melakukan keputusan yang lebih baik, melaksanakan penjagaan yang lebih baik, dan kadang kala melakukan penemuan baharu yang mengembangkan lagi sempadan pengetahuan dan kemajuan insan. Elsevier menyediakan penyelesaian digital, berasaskan web - antaranya ScienceDirect, Scopus, Elsevier Research Intelligence dan ClinicalKey - dan menerbitkan lebih 2,500 jurnal, termasuk The Lancet dan Cell, dan lebih daripada 33,000 tajuk buku, termasuk hasil kerja rujukan yang ikonik. Elsevier ialah sebahagian daripada RELX Group plc, peneraju dunia dalam pembekal penyelesaian maklumat untuk pelanggan profesional merentas pelbagai industri. www.elsevier.com.


Topic: Awards
Source: TES Global

Sectors: Daily News
https://www.acnnewswire.com
From the Asia Corporate News Network


Copyright © 2024 ACN Newswire. All rights reserved. A division of Asia Corporate News Network.

 

TES Global Related News
Oct 1, 2015 10:00 HKT/SGT
เจ็ดมหาวิทยาลัยของประเทศไทยติดในการขยายการจัดอันดับ 800 มหาวิทยาลัยระดับโลกชั้นนำเมื่อเร็ว ๆ นี้
Oct 1, 2015 10:00 HKT/SGT
Indonesia Masuk Dalam Daftar Universitas Terbaik di Dunia
Oct 1, 2015 10:00 HKT/SGT
National University of Singapore Number One in Asia
More news >>
Copyright © 2024 ACN Newswire - Asia Corporate News Network
Home | About us | Services | Partners | Events | Login | Contact us | Cookies Policy | Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Use | RSS
US: +1 214 890 4418 | China: +86 181 2376 3721 | Hong Kong: +852 8192 4922 | Singapore: +65 6549 7068 | Tokyo: +81 3 6859 8575