English | 简体中文 | 繁體中文 | 한국어 | 日本語
Thursday, 12 October 2023, 17:00 HKT/SGT
Share:
    

Source: OYO Hotels & Homes Pvt Ltd
OYO Mencatat keuntungan bersih pertamanya sebanyak RM9 juta

KUALA LUMPUR, Oct 12, 2023 - (ACN/NewsVoir) - Oravel Stays Ltd yang menguruskan jenama teknologi pelancongan OYO telah mencatat keuntungan selepas cukai pertamanya pada suku kedua tahun 2024. Dalam surat kepada pihak pengurusan atasan syarikat, penubuh Syarikat iaitu Ritesh Agarwal telah menyatakan bahawa suku kedua tahun 2024 telah muncul sebagai suku perolehan keuntungan syarikat yang pertama dengan mencapai keuntungan selepas cukai (PAT) yang lebih kurang melebihi RM9 juta. Semasa satu sesi dialog bersama pekerja pada awal tahun ini, Argarwal juga telah menyatakan bahawa OYO dijangka dapat mencatat EBITBA diselaraskan mendekati RM455 juta pada tahun 2024.

OYO juga telah menerbitkan Akaun Tahunannya pada tahun 2023. OYO telah memperoleh keuntungan operasi pada tahun 2023 dengan mencatat EBITBA diselaraskan lebih kurang sebanyak RM157 juta. Dalam Laporan Tahunan, OYO mengisytiharkan pencapaian ini disumbang oleh tumpuannya terhadap pasaran teras, pemusatan fungsi utama, inisiatif pengoptimuman kos, pelupusan dan rasionalisasi perniagaan bukan teras.

Pendapatan operasi syarikat adalah sebanyak lebih kurang RM3103 juta pada tahun 2023. Syarikat juga berjaya mengurangkan kerugiannya kepada RM719 juta. Margin untung kasar diselaraskannya meningkat kepada 43% daripada pendapatan manakala untung kasar diselaraskannya meningkat daripada RM1088 juta pada tahun 2022 kepada RM1333 juta pada tahun 2023.

Syarikat telah mengurangkan bilangan hotel daripada sebanyak 18037 pada tahun 2022 kepada 12,938 pada tahun 2023. Pada masa yang sama, syarikat bertumpu kepada perkhidmatan pelanggan berkualiti kesemua Hotel OYO di seluruh dunia. Berbanding dengan hotel-hotel penginapan jangka pendek yang lain, syarikat masih mengekalkan bilangan hotel yang terbanyak di India dan Asia Timur Tenggara (berdasarkan data pada bulan Jun 2023).

Nilai Tempahan Kasar (GBV) keseluruhan meningkat sebanyak 25% sehingga mencecah RM5681 juta. Di antaranya, GBV yang disumbang oleh perniagaan hotel mencatat sebanyak lebih kurang RM3506 juta. Ini mewakili pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 35%. GBV kedai depan hotel mencatat pertumbuhan sebanyak 82% daripada lebih kurang RM125k kepada RM227k pada tahun 2023.

Dalam laporannya, syarikat menyatakan bahawa aplikasi OYO muncul sebagai aplikasi pelancongan keempat terbanyak yang dimuat turun (pada bulan Julai tahun 2023) dan merupakan aplikasi pelancongan yang paling banyak dimuat turun di pasaran Asia utama. Program kesetiaannya yang popular, iaitu OYO Wizard mengekalkan kedudukannya sebagai program kesetiaan terbesar di antara jenama pelancongan terkemuka yang lain dengan mempunyai bilangan ahli melebih 13.5 juta (pada bulan Jun tahun 2023).

Beliau juga telah menerangkan beberapa tumpuan utama Syarikat. “Kami telah mula mempertimbangkan perubahan pemikiran daripada pemberian layanan berorientasikan nilai ke layanan berorientasikan pengalaman kepada pelanggan anda. Kami telah mengambil beberapa langkah permulaan dalam aspek ini seperti ‘Spotless Stays’ dan Super OYO’. Perintis program tersebut yang merangkumi lebih daripada 250 buah hotel telah menampakkan peningkatan skor kepuasan pelanggan sebanyak 35%. Pada masa kini, terdapat lebih daripada 1000 buah hotel

dikelaskan sebagai Super OYO’s yang terletak di 140 buah bandar di India. Kami juga telah bertumpu kepada pengembangan portfolio premium melalui pelancaran jenama resort premium, iaitu Palette di India. Beliau juga menyatakan bahawa “Pada masa kini, penarafan perkidmatan pelanggan purata hotel OYO di India telah meningkat kepada 4 daripada 5 pada tahun 2023 daripada 3.5 pada tahun 2022.”.

Berkaitan dengan pasaran antarabangsa, beliau menyatakan bahawa “Kami telah menyepadukan lebih banyak teknologi dan inovasi ke layanan masa kini dalam perniagaan Europe Homes (DanCenter, Belvilla & Traum), di antaranya seperti pemilik rumah 24x7 dan khidmat pelanggan, pelancaran aplikasi Belvilla, pilihan tempahan dan penginapan secara fleksibel dan perkhidmatan pembersihan berorientasikan teknologi. Inovasi berciri progresif seperti kunci kawalan jauh dan daftar masuk tanpa sentuh tengah membentuk semula perkhidmatan hospitaliti kami dalam segmen VRMC di Europa. Kami melihat terdapatnya potensi yang besar dalam pasaran seperti Amerika dan Britain pada masa akan datang.”

Malaysia juga telah menyumbang kepada pertumbuhan tersebut. OTO telah menambah lebih daripada 100 buah hotel di platformnya dalam tempoh masa enam bulan yang lepas. Ini menjadikan bilangan Hotel OYO di Malaysia melebihi 500 buah. OYO Malaysia telah mengekalkan trajektori pertumbuhan yang konsisten sejak mencapai EBIDTA positif pada tahun 2022.

Sejak kebelakangan ini, agensi penarafan antarabangsa Moody’s (Moody’s Investors Service) telah menyatakan bahawa OYO dijangkakan dapat mengekalkan EBITDA positif pada tahun 2024. Dalam laporannya, Moody’s menyatakan bahawa OYO dijangka akan memperoleh EBITDA sebanyak lebih kurang $50 -$55 juta (selepas mengambil kira perbelanjaan pembayaran berasaskan perkongsian) pada fiscal 2024. Ini disumbang oleh pemulihan permintaan yang kukuh terhadap perniagaan hospitaliti, pertambahan bilangan kedai depan dalam platform OYO dan pengoptimuman kos.

Agensi penarafan Fitch juga telah meningkatkan penarafannya terhadap OYO dan menyatakan bahawa mereka menjangkakan OYO dapat memperoleh EBITBA dan CFO (Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi) positif pada tahun 2024. Ini disumbang oleh pengurangan kos operasi yang lebih besar daripada yang dijangka, pemulihan permintaan yang berterusan terhadap industri pelancongan dan margin kasar yang stabil.

Teruskan bacaan di: https://blog.aadhan.in/oyo-reports-its-first-net-profit-at-inr-16-cr/

Mengenai OYO

OYO ialah platform global yang bertujuan untuk memperkasakan usahawan dan perniagaan kecil dengan hotel dan rumah dengan menyediakan produk dan perkhidmatan teknologi yang bertujuan untuk meningkatkan hasil dan memudahkan operasi; membawakan penginapan yang mudah ditempah, berpatutan dan dipercayai kepada pelanggan di seluruh dunia. OYO menawarkan 40+ produk dan penyelesaian bersepadu kepada pelanggan yang mengendalikan kira-kira 1.70 lakh hotel, rumah dan tersenarai di lebih 35 negara termasuk India, Eropah dan Asia Tenggara, setakat 30 September 2022.Untuk maklumat lanjut, lawati www.oyorooms.com/ph/.

Website: https://www.oyorooms.com/my/

Media contact:
Yashesh Shah
Tel: +9321463615



Topic: Press release summary
Source: OYO Hotels & Homes Pvt Ltd

Sectors: Retail & eCommerce, Travel & Tourism, Daily News, Regional, Hospitality, Local Biz
https://www.acnnewswire.com
From the Asia Corporate News Network


Copyright © 2024 ACN Newswire. All rights reserved. A division of Asia Corporate News Network.

 

OYO Hotels & Homes Pvt Ltd Related News
Feb 13, 2024 15:00 HKT/SGT
OYO's profit doubles to INR 30 cr
Feb 13, 2024 15:00 HKT/SGT
Keuntungan OYO mengganda kepada 30 cr Rupee India
Dec 22, 2023 17:00 HKT/SGT
OYO launches self-funded 15% discount to protect hotel revenue
Dec 22, 2023 17:00 HKT/SGT
OYO melancarkan tawaran diskaun sebanyak 15% atas pembiayaan sendiri untuk mempertahankan hasil pendapatan hotel
Oct 19, 2023 17:00 HKT/SGT
OYO launches virtual front desk for De Rantau properties
More news >>
Copyright © 2024 ACN Newswire - Asia Corporate News Network
Home | About us | Services | Partners | Events | Login | Contact us | Cookies Policy | Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Use | RSS
US: +1 214 890 4418 | China: +86 181 2376 3721 | Hong Kong: +852 8192 4922 | Singapore: +65 6549 7068 | Tokyo: +81 3 6859 8575